CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)

CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)

last updateLast Updated : 2021-10-06
By:  RabetkhaOngoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
14 ratings. 14 reviews
35Chapters
6.8Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
SCAN CODE TO READ ON APP

Synopsis

Bekerja sebagai seorang anggota polis berjawatan tinggi cukup membuatkan ASP Jimmy sentiasa disanjungi. Namun, lumrah manusia. Dalam seribu menyukai, pasti ada satu yang membenci. Thufaila Ajwa, jiran setaman yang sentiasa menganggap ASP Jimmy hidup dalam dunia kepura-puraan. Apa yang pasti, gadis itu sangat membecinya kerana kisah silam mereka. Prinsip Thufaila hanya satu.Selagi kudratnya masih ada, walaupun sesaat dia tidak akan membenarkan dirinya di bantu oleh lelaki spesis Jimmy. “Sekarang ini memanglah engkau tak perlukan aku lagi. Tapi nanti, percayalah yang kau perlukan aku dalam hidup kau. So, if anything happens just call my name!" -ASP JIMMY “Aku rasa mata aku ni membawa satu sumpahan! Kadang, aku rasa aku nak butakan mata disebabkan mata aku boleh tembus nampak ke dinding.” -AHMAD Kehadiran Ahmad sebagai jiran sebelah rumah Thufaila, membawa seribu misteri. Karakter dingin dan penampilan Ahmad berkaca mata hitam sepanjang masa, menjadi tanda tanya insan sekeliling. Di sebalik gaya yang cukup misteri, hanya ASP Jimmy sahaja yang mengetahui kelebihan Ahmad yang mampu meneliti objek tersembunyi di sebalik dinding. Pandangan mata boleh tembus ke dinding? Macam cerita fantasi saja bunyinya. Tapi itulah realiti yang Ahmad hadapi. Datangnya membawa ASP Jimmy mengembara ke peristiwa yang lama. Kerana dia, lelaki itu sanggup mengkaji semula kes pembunuhan bersiri, dua puluh tahun yang lalu. Kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri itu perlukan jawapan. "Kenapa tuan sibuk nak buka semula kes lama? Kita nak cari dalang sebenar untuk kes Razlan Ishak! bukannya kes pembunuhan bersiri yang dah basi." Kerana tekadnya untuk merungkai sebuah misteri, kini ASP Jimmy berdepan masalah. Orang yang disayangi menjadi sasaran dan berdepan bahaya. "Kalau engkau nak betina ni selamat, engkau serahkan Ahmad dekat aku! Sebab dia tu hak aku. Engkau pilih antara dua. Ahmad atau dia." ASP Jimmy buntu. Mampukah dia menjadi pelindung buat Thufaila sedangkan dia tahu si gadis tidak perlukannya? Mampukah dia menempuh segalanya andai hati berbelah bahagi?

View More

Chapter 1

BAB 1

 “BERHENTI! Razlan Ishak.”

ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan kanan. Mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak.

“Engkau tak akan dapat tangkap aku.”

Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. Terlihatkan tindakan yang kononnya bijak itu, ASP Jimmy lantas tersenyum senget.

“Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong dah pun,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut, menghala muncung pistol ke arah Razlan Ishak.

“Kaaa kau tak boleh tangkap aku!” berderau adrenalinnya bila sepasang matanya perhatikan seluruh kawasan yang tiada jalan keluar itu. Buntu.

Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah kehabisan peluru. Makin lama ASP Jimmy semakin hampir.

“Welcome to my world, Razlan Ishak!”

Sepantas kilat, lelaki itu berlari tangkas menendang si penjenayah durjana. Tubuh pihak lawan dipusing hinggakan dia terbaring lemah. Tidak sempat berbuat apa-apa, pipi kanan Razlan Ishak melekat atas jalan tar. Kedua belah tangannya pula di bawa ke belakang.  Tangan digari kemudiannya.

“Kurang ajar punya polis! Lepaskan aku.” Razlan Ishak meronta kesakitan. Dia mahu dilepaskan.

“Dah bertahun kau larikan diri. Sekarang ini pihak polis tak akan biarkan engkau terlepas lagi, Razlan Ishak!” tegas ASP Jimmy. Dia menarik nafas lega kerana akhirnya pembunuh bersiri sudah berada dalam genggaman pihak polis.

ASP Jimmy segera menarik tubuh Razlan Ishak agar bangkit dari pembaringan.

“Aku tak bunuh sesiapa! aku ni kena fitnah!” teriak Razlan Ishak mahu membela diri. Semakin kuat tubuhnya di tolak ke hadapan agar berjalan lebih pantas.

Kena fitnah konon! Dia ingat pihak polis nak percaya?

Terlalu banyak bukti kukuh yang mampu sabitkan Razlan Ishak atas kesalahan merogol dan membunuh.

“Kita cerita dekat balai eh? Dekat sana kau menangis air mata darah pun orang tak akan percaya yang engkau tu mangsa Fitnah!” meledak tawa ASP Jimmy lebih kepada sinis.

“Lepaslah bodoh!” Razlan masih lagi melawan walaupun dia sudah digari kemas.

“Bawa dia ke balai!” arah ASP Jimmy. Sarjan Munir mengangguk laju. Pantas dia mengambil alih tugas ASP Jimmy untuk mengheret Razlan Ishak masuk ke dalam kereta.

“TUAN memang suka buat kerja seorang diri, kan? Sepatutnya saya yang ditugaskan untuk tangkap si Razlan Ishak dan bukannya tuan. Bukan ke itu perancangan awal kita? Kenapa tuan sibuk ubah perancangan. Tuan nak tunjuk hebat ke?”

Baru saja masuk ke dalam kereta, suara Inspektor Mastura memecah suasana dingin. Pantas ASP Jimmy mengerling ke arah Inspektor Mastura.

“Bertindak mengikut arahan. Kalau Tuan Jimmy dah arahkan supaya Puan Mastura hanya menjadi back-up untuk kes ni, maknanya orang bawahan tak boleh nak pertikai arahan dari pihak atasan.” Meleret-leret jawapan yang dilontarkan.

“Tuan Jimmy tak boleh ubah pelan kita di saat akhir. Tuan sedar tak yang tindakan tuan tadi, mampu menggagalkan misi kita!” tanpa semena-mena, Inspektor Mastura melampias perasaan bengang.

Dia tidak bersetuju dengan tindakan ASP Jimmy. Selalu sangat tukar perancangan saat misi sedang dijalankan.

Pentingkan diri!

“Misi kita tak gagal, kan? So, kenapa awak nak marah-marah ni? Relakslah.” Riak wajah ASP Jimmy sangat menyakitkan hati. Inspektor Mastura menggenggam penumbuk.

Geram!

“Tuan memang tak reti bagi kerjasama! Tuan pentingkan diri. Tuan saja nak buat kerja seorang diri sebab tuan nak dapat nama. Tuan memang lebih pentingkan pujian dari pentingkan keselamatan rakan sepasukan. Kenapalah dekat dalam dunia ini, masih wujud manusia macam tuan.” Terus-terusan melemparkan tuduhan.

Tersentak ASP Jimmy mendengarnya. Pandangan mata ASP Jimmy sudah berdesis dengan satu pandangan yang sangat tajam.

“Misi kita untuk tumpaskan penjenayah tak pernah gagal pun tiap kali saya turun padang dan jadi leader awak semua. Tapi awak tetap nak cari salah saya, macam saya ni tak reti buat kerja! Ke awak ni sebenarnya insecure dengan saya?”

Koperal Raju dan Sarjan Munir hanya terdiam membisu menyaksi pertelingkahan di antara orang atasan.

Jiwa muda memang begitu. Asyik nak menang saja. Mereka yang sudah berusia pun terkadang penat mahu melayan kerenah orang muda yang cepat sangat meradang.

“Kalau berjaya tumpaskan penjenayah tapi Tuan Jimmy seorang saja yang dipandang oleh pihak atasan, lebih baik tuan buat kerja sorang. Tak payah sibuk nak mengharapkan kami.”

Inspektor Mastura mendengus kasar. Matanya dijuling ke atas. Tanda protes.

“Saya tak pernah terfikir nak dapat nama pun melainkan saya nak mudahkan urusan rakan pasukan saya,” jujur ASP Jimmy. Dia tidak mahu, tindakannya di salah erti.

Senyuman kecil menghiasi bibir merah Inspektor Mastura setelah mendengar jawapan itu. Kepala digeleng seiring dengan gelak tawa yang dibuat-buat.

Perlahan-lahan, kepala dia dekatkan kepada ASP Jimmy yang sedari tadi lurus merenungnya.

“Tak pernah terfikir? Are you sure? Aneh sungguhlah kalau orang macam tuan ni tiba-tiba berhati murni. Jangan nak berangan jadi baik kalau hati tu memang busuk,” bisik Inspektor Mastura di tepi cuping telinga si jejaka.

Buat sekian kali, ASP Jimmy terdiam. Entah mengapa, lidah terkelu mahu membidas kata-kata Inspektor Mastura.

‘Kau masih marahkan aku Mas. Kau masih tak boleh maafkan aku, sebab tulah kau asyik cari salah aku.’

“MACAM mana aku nak beritahu motif, kalau aku memang tak bunuh anak orang tua tu!” Razlan Ishak berteriak seperti orang gila. Inspektor Mastura yang berada di hadapan mata terus diludah. Terkejut ASP Jimmy yang berdiri di bahagian kanan Razlan Ishak.

“Engkau masih lagi nak sembunyikan kejahatan engkau, kan? Semua orang dah tahulah engkau suspek utama dalam kes rogol dan bunuh anak Raja Azree. Baik engkau mengaku saja sebelum aku sumbat pistol aku dalam mulut kau!” teriak ASP Jimmy.

“Bukan aku yang bunuh. Lepaskan aku!” masih lagi membentak. Tubuhnya terbangun dari duduk. Dia menggoncang tubuh hinggakan kerusinya terjatuh. Razlan Ishak mahu menyerbu ke arah Inspektor Mastura, akan tetapi langkahnya terbatas bila tangan yang masih bergari di kaki meja mematikan pergerakan.

“Jangan nak melawan. Duduk!” segera Sarjan Munir mencengkam bahu Razlan Ishak agar duduk semula. Sukarnya mahu mengawal lelaki itu. Keras kepala!

“Aku tanya lagi sekali, siapa yang terlibat dalam kes ni selain kau? Aku nak tahu apa motif engkau buat semua ni.” Tangan ASP Jimmy mula mencengkam leher Razlan Ishak. Saja dia gunakan kekerasan. Dia mahu persoalannya segera dijawab.

“Tuan ... Jangan kasar sangat,” bisik Inspektor Mastura. Dia tidak mahu ASP Jimmy menggunakan kekerasan untuk mendapatkan maklumat. Itu bukan etika kerja mereka.

“Engkau bijak dalam merogol dan membunuh orang, tapi engkau tak bijak untuk tahu di mana CCTV berada. Gambar-gambar ni memang jelas membuktikan engkau terlibat dalam kes pembunuhan anak Raja Azree.”

ASP Jimmy melempar beberapa keping gambar ke atas meja lantas tangannya laju menolak kepala Razlan Ishak agar memandang kepingan gambar tersebut dengan jarak lebih dekat.

“Engkau juga terlibat dalam kes pembunuhan anak Dato Junid, kan? Jadi aku nak engkau beritahu pihak polis tentang motif pembunuhan yang engkau jalankan!”

Giliran Inspektor Mastura pula menunjukkan beberapa bukti kepada Razlan Ishak.

“Macam mana engkau tahu yang lelaki dalam gambar ni memang aku? Engkau tak rasa ke lelaki dalam gambar ni pelanduk dua serupa yang menyerupai aku? Dalam erti kata lain, kembar.”  Lelaki itu ketawa mengilai. Saja dia mahu menguji kerja anggota polis. Saja dia mahu menduga.

“Jangan uji kesabaran aku! Sumpah, aku tak ada masa nak layan engkau. Jadi tolong jawab segala persoalan aku dengan jujur!” tegas ASP Jimmy lagi. Tidak suka dipermainkan.

“Aku nak keluar. Jangan buang masa aku untuk jawab soalan bodoh macam ni.” Razlan Ishak masih melawan. Dada ASP Jimmy berombak kencang.

Di luar jangkaan, tangan kiri mengambil sepucuk pistol dari dalam poket. Lantas, dia acukan tepat di bahagian dahi Razlan Ishak.

“Aku ni dah lama tak tembak orang. Kalau kau rasa engkau nak jadi arwah, engkau tak payahlah jawab soalan aku ni. Biar engkau mati je dekat tangan aku!”

ASP Jimmy mengherot senyuman janggal.

Masing-masing terkejut melihat tindakan lelaki itu.

“Jangan bunuh aku.” Raut muka Razlan Ishak berubah. Wajahnya pucat bagaikan tiada darah.

“Kalau kau tak nak mati kat tangan aku, baik kau ceritakan semua hal yang kau tahu!” Makin kuat tangannya menekan pistol di dahi Razlan Ishak. Tingkahnya membuat lelaki itu tidak mampu bernafas dengan tenang.

“Tuan ... Kita tak boleh buat macam ini tuan. Ini bukan etika kita.” Sempat Inspektor Mastura menasihati. Menggelupur juga dia lihat tuannya hilang kawalan.

“Tuan … letakkan senjata,” arah Sarjan Munir pula. Tangannya laju menarik tangan ASP Jimmy agar melepaskan pistol, tetapi cepat-cepat tangannya di tolak jauh.

“Beri tahu segala-galanya sebelum otak kau bersepai,” jerkahannya lebih kuat berbanding tadi. Seolah-olah tidak kisahkan rakan pasukan yang berusaha menasihatinya.

“Kau polis, kau tak akan berani buat macam itu,” getus Razlan Ishak dalam tawa yang sengaja di buat-buat. Walhal, ketakutan menular dalam jiwa lelakinya.

“Kalau aku terpaksa, aku sanggup je buat. Aku tak kisah masuk penjara sebab bunuh orang macam kau, janji aku puas.”  Tindakan ASP Jimmy yang semakin menggila.

“Jangan bunuh aku. Baaa baik aku akan cerita apa yang aku tahu.” Akhirnya, Razlan Ishak mengalah.

 

Expand
Next Chapter
Download

Latest chapter

More Chapters

reviewsMore

Jiha NZ
Jiha NZ
cerita yang menarik .........
2022-01-20 01:12:43
1
0
Yati Razzati
Yati Razzati
sambung lagi please.. best sgt
2021-09-17 15:32:00
3
0
Airin Abdul
Airin Abdul
Nak sambungannnnn...pelishhh.. tak sabaq nak tau!
2021-08-14 21:22:10
1
0
Asterly
Asterly
Nice story. nanti sambung baca lagi
2021-07-28 17:37:33
2
1
Rohana Taufik
Rohana Taufik
baru mula baca novel nie
2021-07-16 12:31:24
2
0
35 Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status