Share

CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)
CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)
Author: Rabetkha

BAB 1

Author: Rabetkha
last update publish date: 2021-06-12 05:02:51

 “BERHENTI! Razlan Ishak.”

ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan kanan. Mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak.

“Engkau tak akan dapat tangkap aku.”

Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. Terlihatkan tindakan yang kononnya bijak itu, ASP Jimmy lantas tersenyum senget.

“Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong dah pun,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut, menghala muncung pistol ke arah Razlan Ishak.

“Kaaa kau tak boleh tangkap aku!” berderau adrenalinnya bila sepasang matanya perhatikan seluruh kawasan yang tiada jalan keluar itu. Buntu.

Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah kehabisan peluru. Makin lama ASP Jimmy semakin hampir.

“Welcome to my world, Razlan Ishak!”

Sepantas kilat, lelaki itu berlari tangkas menendang si penjenayah durjana. Tubuh pihak lawan dipusing hinggakan dia terbaring lemah. Tidak sempat berbuat apa-apa, pipi kanan Razlan Ishak melekat atas jalan tar. Kedua belah tangannya pula di bawa ke belakang.  Tangan digari kemudiannya.

“Kurang ajar punya polis! Lepaskan aku.” Razlan Ishak meronta kesakitan. Dia mahu dilepaskan.

“Dah bertahun kau larikan diri. Sekarang ini pihak polis tak akan biarkan engkau terlepas lagi, Razlan Ishak!” tegas ASP Jimmy. Dia menarik nafas lega kerana akhirnya pembunuh bersiri sudah berada dalam genggaman pihak polis.

ASP Jimmy segera menarik tubuh Razlan Ishak agar bangkit dari pembaringan.

“Aku tak bunuh sesiapa! aku ni kena fitnah!” teriak Razlan Ishak mahu membela diri. Semakin kuat tubuhnya di tolak ke hadapan agar berjalan lebih pantas.

Kena fitnah konon! Dia ingat pihak polis nak percaya?

Terlalu banyak bukti kukuh yang mampu sabitkan Razlan Ishak atas kesalahan merogol dan membunuh.

“Kita cerita dekat balai eh? Dekat sana kau menangis air mata darah pun orang tak akan percaya yang engkau tu mangsa Fitnah!” meledak tawa ASP Jimmy lebih kepada sinis.

“Lepaslah bodoh!” Razlan masih lagi melawan walaupun dia sudah digari kemas.

“Bawa dia ke balai!” arah ASP Jimmy. Sarjan Munir mengangguk laju. Pantas dia mengambil alih tugas ASP Jimmy untuk mengheret Razlan Ishak masuk ke dalam kereta.

“TUAN memang suka buat kerja seorang diri, kan? Sepatutnya saya yang ditugaskan untuk tangkap si Razlan Ishak dan bukannya tuan. Bukan ke itu perancangan awal kita? Kenapa tuan sibuk ubah perancangan. Tuan nak tunjuk hebat ke?”

Baru saja masuk ke dalam kereta, suara Inspektor Mastura memecah suasana dingin. Pantas ASP Jimmy mengerling ke arah Inspektor Mastura.

“Bertindak mengikut arahan. Kalau Tuan Jimmy dah arahkan supaya Puan Mastura hanya menjadi back-up untuk kes ni, maknanya orang bawahan tak boleh nak pertikai arahan dari pihak atasan.” Meleret-leret jawapan yang dilontarkan.

“Tuan Jimmy tak boleh ubah pelan kita di saat akhir. Tuan sedar tak yang tindakan tuan tadi, mampu menggagalkan misi kita!” tanpa semena-mena, Inspektor Mastura melampias perasaan bengang.

Dia tidak bersetuju dengan tindakan ASP Jimmy. Selalu sangat tukar perancangan saat misi sedang dijalankan.

Pentingkan diri!

“Misi kita tak gagal, kan? So, kenapa awak nak marah-marah ni? Relakslah.” Riak wajah ASP Jimmy sangat menyakitkan hati. Inspektor Mastura menggenggam penumbuk.

Geram!

“Tuan memang tak reti bagi kerjasama! Tuan pentingkan diri. Tuan saja nak buat kerja seorang diri sebab tuan nak dapat nama. Tuan memang lebih pentingkan pujian dari pentingkan keselamatan rakan sepasukan. Kenapalah dekat dalam dunia ini, masih wujud manusia macam tuan.” Terus-terusan melemparkan tuduhan.

Tersentak ASP Jimmy mendengarnya. Pandangan mata ASP Jimmy sudah berdesis dengan satu pandangan yang sangat tajam.

“Misi kita untuk tumpaskan penjenayah tak pernah gagal pun tiap kali saya turun padang dan jadi leader awak semua. Tapi awak tetap nak cari salah saya, macam saya ni tak reti buat kerja! Ke awak ni sebenarnya insecure dengan saya?”

Koperal Raju dan Sarjan Munir hanya terdiam membisu menyaksi pertelingkahan di antara orang atasan.

Jiwa muda memang begitu. Asyik nak menang saja. Mereka yang sudah berusia pun terkadang penat mahu melayan kerenah orang muda yang cepat sangat meradang.

“Kalau berjaya tumpaskan penjenayah tapi Tuan Jimmy seorang saja yang dipandang oleh pihak atasan, lebih baik tuan buat kerja sorang. Tak payah sibuk nak mengharapkan kami.”

Inspektor Mastura mendengus kasar. Matanya dijuling ke atas. Tanda protes.

“Saya tak pernah terfikir nak dapat nama pun melainkan saya nak mudahkan urusan rakan pasukan saya,” jujur ASP Jimmy. Dia tidak mahu, tindakannya di salah erti.

Senyuman kecil menghiasi bibir merah Inspektor Mastura setelah mendengar jawapan itu. Kepala digeleng seiring dengan gelak tawa yang dibuat-buat.

Perlahan-lahan, kepala dia dekatkan kepada ASP Jimmy yang sedari tadi lurus merenungnya.

“Tak pernah terfikir? Are you sure? Aneh sungguhlah kalau orang macam tuan ni tiba-tiba berhati murni. Jangan nak berangan jadi baik kalau hati tu memang busuk,” bisik Inspektor Mastura di tepi cuping telinga si jejaka.

Buat sekian kali, ASP Jimmy terdiam. Entah mengapa, lidah terkelu mahu membidas kata-kata Inspektor Mastura.

‘Kau masih marahkan aku Mas. Kau masih tak boleh maafkan aku, sebab tulah kau asyik cari salah aku.’

“MACAM mana aku nak beritahu motif, kalau aku memang tak bunuh anak orang tua tu!” Razlan Ishak berteriak seperti orang gila. Inspektor Mastura yang berada di hadapan mata terus diludah. Terkejut ASP Jimmy yang berdiri di bahagian kanan Razlan Ishak.

“Engkau masih lagi nak sembunyikan kejahatan engkau, kan? Semua orang dah tahulah engkau suspek utama dalam kes rogol dan bunuh anak Raja Azree. Baik engkau mengaku saja sebelum aku sumbat pistol aku dalam mulut kau!” teriak ASP Jimmy.

“Bukan aku yang bunuh. Lepaskan aku!” masih lagi membentak. Tubuhnya terbangun dari duduk. Dia menggoncang tubuh hinggakan kerusinya terjatuh. Razlan Ishak mahu menyerbu ke arah Inspektor Mastura, akan tetapi langkahnya terbatas bila tangan yang masih bergari di kaki meja mematikan pergerakan.

“Jangan nak melawan. Duduk!” segera Sarjan Munir mencengkam bahu Razlan Ishak agar duduk semula. Sukarnya mahu mengawal lelaki itu. Keras kepala!

“Aku tanya lagi sekali, siapa yang terlibat dalam kes ni selain kau? Aku nak tahu apa motif engkau buat semua ni.” Tangan ASP Jimmy mula mencengkam leher Razlan Ishak. Saja dia gunakan kekerasan. Dia mahu persoalannya segera dijawab.

“Tuan ... Jangan kasar sangat,” bisik Inspektor Mastura. Dia tidak mahu ASP Jimmy menggunakan kekerasan untuk mendapatkan maklumat. Itu bukan etika kerja mereka.

“Engkau bijak dalam merogol dan membunuh orang, tapi engkau tak bijak untuk tahu di mana CCTV berada. Gambar-gambar ni memang jelas membuktikan engkau terlibat dalam kes pembunuhan anak Raja Azree.”

ASP Jimmy melempar beberapa keping gambar ke atas meja lantas tangannya laju menolak kepala Razlan Ishak agar memandang kepingan gambar tersebut dengan jarak lebih dekat.

“Engkau juga terlibat dalam kes pembunuhan anak Dato Junid, kan? Jadi aku nak engkau beritahu pihak polis tentang motif pembunuhan yang engkau jalankan!”

Giliran Inspektor Mastura pula menunjukkan beberapa bukti kepada Razlan Ishak.

“Macam mana engkau tahu yang lelaki dalam gambar ni memang aku? Engkau tak rasa ke lelaki dalam gambar ni pelanduk dua serupa yang menyerupai aku? Dalam erti kata lain, kembar.”  Lelaki itu ketawa mengilai. Saja dia mahu menguji kerja anggota polis. Saja dia mahu menduga.

“Jangan uji kesabaran aku! Sumpah, aku tak ada masa nak layan engkau. Jadi tolong jawab segala persoalan aku dengan jujur!” tegas ASP Jimmy lagi. Tidak suka dipermainkan.

“Aku nak keluar. Jangan buang masa aku untuk jawab soalan bodoh macam ni.” Razlan Ishak masih melawan. Dada ASP Jimmy berombak kencang.

Di luar jangkaan, tangan kiri mengambil sepucuk pistol dari dalam poket. Lantas, dia acukan tepat di bahagian dahi Razlan Ishak.

“Aku ni dah lama tak tembak orang. Kalau kau rasa engkau nak jadi arwah, engkau tak payahlah jawab soalan aku ni. Biar engkau mati je dekat tangan aku!”

ASP Jimmy mengherot senyuman janggal.

Masing-masing terkejut melihat tindakan lelaki itu.

“Jangan bunuh aku.” Raut muka Razlan Ishak berubah. Wajahnya pucat bagaikan tiada darah.

“Kalau kau tak nak mati kat tangan aku, baik kau ceritakan semua hal yang kau tahu!” Makin kuat tangannya menekan pistol di dahi Razlan Ishak. Tingkahnya membuat lelaki itu tidak mampu bernafas dengan tenang.

“Tuan ... Kita tak boleh buat macam ini tuan. Ini bukan etika kita.” Sempat Inspektor Mastura menasihati. Menggelupur juga dia lihat tuannya hilang kawalan.

“Tuan … letakkan senjata,” arah Sarjan Munir pula. Tangannya laju menarik tangan ASP Jimmy agar melepaskan pistol, tetapi cepat-cepat tangannya di tolak jauh.

“Beri tahu segala-galanya sebelum otak kau bersepai,” jerkahannya lebih kuat berbanding tadi. Seolah-olah tidak kisahkan rakan pasukan yang berusaha menasihatinya.

“Kau polis, kau tak akan berani buat macam itu,” getus Razlan Ishak dalam tawa yang sengaja di buat-buat. Walhal, ketakutan menular dalam jiwa lelakinya.

“Kalau aku terpaksa, aku sanggup je buat. Aku tak kisah masuk penjara sebab bunuh orang macam kau, janji aku puas.”  Tindakan ASP Jimmy yang semakin menggila.

“Jangan bunuh aku. Baaa baik aku akan cerita apa yang aku tahu.” Akhirnya, Razlan Ishak mengalah.

 

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 35

    ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemuka beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati Keith.Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di dalam sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf pasal petang tadi." Lambat-lambat ASP Jimmy memohon maaf. "Hurm, minta ampun pada tuhan tuan lagi bagus. Sebab setahu

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 34

    SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia. Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 33

    "ROSAK? biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerut dahi. Kepala didongak tinggi memandang wajah yang sudah berdiri dalam keadaan bersandar pada dinding

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 32

    2009, Kuala Lumpur. JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata. "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 31

    LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    "TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik," mendengar bicara dari Akbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik. "Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Pihak forensik juga telah membuat pengesahan bahan bukti yang dijumpai pagi tadi. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama." Lelaki itu menyudah kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius. Pakai rasa-rasa pula. "Kalau bukti dah disahkan, jadi siapa suspek utama kes ini? mesti nama dah dikeluarkan?" Perasaa

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 28

    BERLARI-lari Athuf menuju ke arah Thufaila yang sibuk membalas mesej dari para pelanggan yang berduyun-duyun masuk. Sampai tidak menang tangan dibuatnya. Jumlah pelanggan naik mendadak tanpa Thufaila tahu puncanya. Sejak pagi tadi, dia dikejutkan dengan mesej dari ap

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 27

    MATA melilau memandang sekeliling. Tangan diangkat mendekati wajah. Terasa bahagian kepalanya dibaluti sesuatu. Pantas, jemari menyentuh dahi. Ahmad terkejut bila kepalanya dibaluti dengan kain anduh. Terfikir, siapakah yang membalut kain pada kepalanya. Sesekali, l

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 26

    THUFAILA menarik selimut menutupi muka. Dia masih tidak boleh melupakan Ahmad. Masih terngiang-ngiang wajah Ahmad yang tampak takut melihat wajah Pak Jabir. Pelbagai persoalan mula menerjah jiwa. Pelbagai pertanyaan yang ingin diajukan kepada Ahmad, tetapi dia yakin bahawa lelaki

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 25

    THUFAILA mengeluh berat. Geram di hati bila Athuf tiba-tiba membatalkan janji untuk menemaninya ke rumah Pak Jabir. Orang dah pesan suruh balik rumah untuk hadir kenduri kesyukuran Pak Jabir yang akan mengerjakan umrah bulan depan, boleh pula dia tak balik. Lain kali, kala

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status