LOGINAna Emelly, seorang gadis yatim yang seringkali diseksa oleh ibu kandung sendiri untuk melunaskan api dendam kesumat di dalam hati. Dia tidak meminta untuk dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, tetapi itulah yang menjadikan dia seorang yang mempunyai kelebihan luar biasa. Sejak kecil dia mempunyai rakan imaginasi yang diberi nama Elley Walker, dia menyangka rakan itu hanyalah khayalan semata-mata untuk membebaskan diri daripada kesakitan hidup di dunia realiti. Tetapi! Siapa sangka? Ternyata Elley Walker memang benar-benar wujud di sebalik bayang-bayang dan mempunyai satu misi untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh. Tanpa Ana sedar juga, selama ini Elley adalah penjaganya yang tidak terlihat dek mata kasar. "Kau wujud? Kenapa selama ni kau tak pernah beritahu aku yang kau betul-betul wujud?" - Ana Emelly. "Sebab aku takut...." - Elley Walker Elley memerlukan Ana untuk menyempurnakan misi di sebalik dunia kerana gadis itu sahaja yang mempunyai kunci dan satu-satunya bintang yang boleh menyelamatkan kedua-dua buah dunia. Bahkan gadis semuda Ana terpaksa menerima dan hadapi sebuah pengembaraan dunia yang tidak pernah dia terfikir untuk laluinya.
View MoreBaekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di
Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d
Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se
Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny
Sulli pulang ke markas mereka iaitu istana lama yang sudah bertahun-tahun tidak berpenghuni. Dalam keadaannya yang senang hati menuju ke ruang bilik tidurnya bersama Gayoon dan Luna dia terserempak dengan seseorang dan pasti orang itu bukanlah manusia biasa kerana orang itu adalah Siwon.
"Sara kau ni dah kenapa? Apasal kau menjerit-jerit ha?" Yoon Na cuba mengejutkan sepupunya yang entah sedar atau pun tidak itu. Sara mencelikkan matanya sambil melihat sekeliling, lama kelamaan dia menghembuskan nafas lega."Hoi kau apahal?" Yoon He menepuk dahi Sara dengan kuatnya, tang
Ratu Sonia Aftar mengukir senyuman apabila mendengar sendiri Mother Conffesser mahu membantu perkampungannya. Ana dan Ken saling berpadangan setelah mendengar jawapan dari Ratu tersebut.Mereka semua duduk berkumpul di sebuah kebun sayur, Miss Liya dan Maria saling berpadangan sesama sen
"Ceritalah..." Ellios memberi isyarat kepada adik-beradiknya yang lain."Kalau Krystal tahu?" Ellvin bertanya, mereka masih lagi berpandangan sesama sendiri."Kau semua harus rahsiakannya daripada Krystal dan semua budak perempuan yang ada dekat sana tu termasuk Ana! Janji?" tan






Selamat datang di dunia fiksi kami - Goodnovel. Jika Anda menyukai novel ini untuk menjelajahi dunia, menjadi penulis novel asli online untuk menambah penghasilan, bergabung dengan kami. Anda dapat membaca atau membuat berbagai jenis buku, seperti novel roman, bacaan epik, novel manusia serigala, novel fantasi, novel sejarah dan sebagainya yang berkualitas tinggi. Jika Anda seorang penulis, maka akan memperoleh banyak inspirasi untuk membuat karya yang lebih baik. Terlebih lagi, karya Anda menjadi lebih menarik dan disukai pembaca.
reviews